Akaun sekolahsinar.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sumbangan Tabung Pembangunan Sekolah Islam Nur Al-Azhar (SINAR)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

SUMBANGAN DANA WAKAF/ INFAQ

PEMBANGUNAN ASRAMA PELAJAR & KEDIAMAN GURU

SEKOLAH ISLAM NUR AL-AZHAR (SINAR)

Sekolah Islam Nur al-Azhar atau singkatannya SINAR adalah sebuah pusat pengajian Islam yang memberikan alternatif kepada pendidikan Islam sedia ada. Ia ditubuhkan atas kesedaran melahirkan sekumpulan ulama yang benar-benar menguasai bidang pengajian Islam dan dalam masa yang sama memahami ilmu-ilmu lain sebagai pelengkap keilmuan mereka. 

Demi membimbing sekumpulan ilmuan yang berketerampilan dan mampu mencorak masa hadapan negara, SINAR menyusun silibus pendidikan yang lebih tinggi dan berkualiti. Sukatan yang disediakan untuk pelajar-pelajar bakal menjadi limuan unggul, tunggak masyarakat dan ummah.



Firman Allah S.W.T

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya;

Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, seumpama  sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai, seratus benih yang lain. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.


Biarpun kita sendiri tidak mampu menjadi ulama' ilmuan, tetapi jika BERSATU, kita mampu melahirkan generasi ilmuan,

pelapis ulama' pewaris tugas Nabi.


  JOM, sama-sama kita menyumbang ke arah melahirkan ilmuan Islam yang unggul.  


Maklumat lanjut, hubungi


Ustaz Rohidzir Rais

Mudir Sekolah Islam Nur Al-Azhar (SINIAR)

019-3459257


Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

019-3897089


Alamat Sekolah

SEKOLAH ISLAM NUR AL-AZHAR (SINAR)

Lot 863 Jalan Haji Razak Kg. Baru Sirusa,

Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson

Negeri Sembilan Darul Khusus


Perhatiah: Pembayaran sumbangan menggunakan payment gateway - tayyibpay, anda akan mendapat notifikasi berkaitan pembayaran oleh  ANSI SYSTEMS Sdn Bhd